Sunday, 14 August 2011

salam sayang...

"cahaya indah permata yang menyinari bulan penuh yang mendamaikan pemandangan"...
karangan nma yang cukup indah untuk diri ini...
terima kasih di ucapkan pada emak dan abah kerana memikirkan nama yang indah itu untuk ku...
aku merupakan seorang puteri pertama hasil daripada kasih sayang dan cinta yang di limpahkan oleh kedua ibu bapa ku, dan kemudian aku di turuti pula oleh tiga lagi permata yang turut sama menyinari kebahagiaan keluarga kecil ini..
sungguh bertuah rasanya diri ini bila di lahirkan kedunia ini di dalam sebuah keluarga yang cukup sempurna dengan cinta dan kasih sayang yang amat melimpah ruah...walaupun hidup kami sekeluarga tidak mewah, namun kami semua saling lengkap melengkapi antara satu sama lain.aku menerima pendidikan awalku di sebuah pusat asuhan kanak-kanak selama dua tahun dan selanjutnya meneruskanya di sekolah rendah yang kedua-duanya berhampiran dengan kediaman ku, suka duka, pahit manis di alam persekolahan rendah amat tidak dapat aku lupakan,setelah enam tahun aku berada di sana, maka tbalah masanya aku memasuki alam remaja di sekolah menengah pula, sekolah ku itu letaknya agak jauh sedikit dari kediaman ku namun masih lagi hampir...sememangnya zaman remaja memang penuh dengan keseronokkan, setelah habis lima tahun menimba ilmu dari guru yang amat hebat, tiba masanya aku melanjutkanya lagi ke tahap pra universiti selama dua tahun dan hasil uasaha aku, maka dapatlah aku ke tempat yang setiap pelajar akan cita-citakan apabila mereka di bangku sekolah, dan pada ketika aku menulis ini aku sudah pun menamatkan semester pertama ku di sana,memang benar kata emak bahawa memang seronok bila dah kesana, sangat-sangat la indahnya bila aku rasakan disini kerana disinilah tempat kita saling bersaing untuk masa hadapan dan disinilah tempatnya untuk kita mempraktikkan apa saja ilmu dan didikan yang telah kita perolehi dan pengalaman yang ada..dan sekarang apa yang aku harapkan adalah aku akan mendapat segulung penghargaan hasil daripada perih jerih dan setiap keringat yang telah aku usahakan selama ini...
AMIN.........

No comments:

Post a Comment